JUALAN

BUKU CATUR FORMAT BRAILLE (RM 30)

Ia ditulis dalam bahasa melayu, dengan menyasarkan pembaca di seluruh nusantara. Kaedah braille yang digunakan ialah grade 1 iaitu tanpa singkatan dan boleh dibaca oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan asas braille. Isi kandungan buku ini disusun sesuai untuk mereka yang baru belajar catur mahupun untuk para atlet. Ada 5 bab kesemuanya. Bab 1 memperkenalkan nama2 buah catur, bagaimana ia disusun dan cara ia digerakkan. Bab 2 membimbing pemain mendalami sistem bukamainan. Opening yang dianalisis kali ini ialah sistem ruy lopez. Sistem queens gambit akan dikupas pada siri ke-2 nanti. Bab 3 membimbing mengenai teknik end game. Bab 4 memuatkan 5 permainan yang telah dihasilkan oleh pemain2 catur cacat penglihatan tempatan dan antarabangsa. Dan bab 5 pula menguji minda pembaca untuk menyelesaikan permasalahan2 catur terpilih. Semoga peminat serta pengamal catur braille sekeliannya akan mendapat manfaat dari penerbitan ini. Naskah buku diemboss secara single sided, mengandungi 55 halaman braille saiz A4. 

Untuk memesan, sila hubungi Puan Liyana di pejabat KLBraille @ 03-40322111. Talian ini juga boleh menerima whatsapp. 


UNTUK MENDAPATKAN PRODUK CATUR YANG LAIN, KLIK PADA ICON BERIKUT :