Showing posts with label Seminar. Show all posts
Showing posts with label Seminar. Show all posts

Thursday, November 7, 2024

Karnival Bakat Sukan Para Siri 3/2024 Tampilkan 10 Acara Sukan, Termasuk Catur

Semenyih, 6 November 2024 – Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama University of Nottingham, Semenyih, hari ini menganjurkan Karnival Bakat Sukan Para Siri 3/2024 yang menampilkan sepuluh acara sukan termasuk Para Catur. Karnival yang berlangsung di Pusat Sukan Universiti Nottingham ini bermula seawal 7.30 pagi hingga 5.30 petang dan melibatkan hampir 100 peserta berbakat dari seluruh negara yang ingin menceburi pelbagai jenis sukan yang ditawarkan.

Melalui pertandingan dan sesi latihan intensif ini, peserta dapat mengembangkan kemahiran, menerima bimbingan khusus, serta berlatih dalam suasana kompetitif yang menyerupai kejohanan antarabangsa.

Bagi Para Catur, karnival ini turut mendapat sokongan dari wakil Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia dan atlet tempatan berpengalaman, yang membantu memberi panduan dan nasihat teknikal dalam setiap acara. Antara yang hadir membantu adalah Siti Safura ditemani ayahnya, Farhan, Johar, Hasidin dan Rafiq. 

Menurut wakil persatuan, “Program ini adalah platform penting untuk mengenal pasti dan mengasah bakat atlet para yang berpotensi besar. Kami berharap usaha Majlis Sukan Negara dan University of Nottingham ini akan melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.”

Karnival Bakat Sukan Para Siri 3/2024 ini diharapkan menjadi langkah awal dalam membentuk generasi atlet para yang mampu mencapai kejayaan di arena ASEAN dan antarabangsa.


Saturday, October 19, 2024

NATIONAL ARBITER SEMINAR 2.0 - LEBIH RAMAI ATLET DIGESA MENAMBAH ILMU UNDANG-UNDANG CATUR


Atlit OKU B2/3, Nur Izzati binti Zakaria telah menyertai seminar berkenaan pada tarikh yang ditetapkan di pejabat MCF di Seri Kembangan. Seminar dikendalikan oleh FA Syawal dan FA Najib Wahab. 

Jadual pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

DAY 1 : 19/10/2024 (SATURDAY)

8.00am : Arrival
8.30am : Introduction/Prog Outline/Ice Breaking
9.00am : Module I - Law of Chess (Introduction)
10.15am : BREAK
10.30am : Module I - Law of Chess (Basic Rules)
12.00pm : Discussion session 
12:45am : BREAK
2:00pm : Module I - Law of Chess (Competition Rules)
3:15pm : Pre-exam session
4:00pm : BREAK
4:15pm : Module II - Fair Play (Anti-cheating Regulations)
5:00pm : Q&A session
5.30pm : end of day

DAY 2 : 20/10/2024 (SUNDAY)

8.30am : Module III -
General Regulations for Competition 
  • Tie-Break Regulation
  • Standard Chess Equipment
  • Pairing rules 
  • Introduction to Swiss Manager
10.00m : BREAK
10.15am : Module IV - Arbiter Title Regulations
11.30am : Module V - Online Chess Rules & Regulations 
12:45pm : BREAK
2:00pm : Exam preparation
2:30pm : Examination (ONLINE) via Laptop/Tab/Mobile Phone. 
4.30pm : Recap/Closing
5:30pm : End of Seminar

Seminar Arbiter serta Seminar Swiss Manager peringkat Asas dan Lanjutan akan dianjurkan lagi pada masa hadapan. Ahli-ahli PCOKUM digalakkan menyertainya agar beroleh info dan pengetahuan terkini berkaitan Undang-undang Catur serta Pengurusan Teknikal pertandingan catur.