BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN CATUR OKU MALAYSIA (PCOKUM)
Link Pendaftaran : https://forms.gle/VSRnRCrQfSGBeiXCA
SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI AHLI?
Keahlian TIDAK TERHAD kepada pemegang kad OKU sahaja. SEMUA warganegara Malaysia yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli demi menyokong usaha-usaha pembangunan catur orang kurang upaya khususnya.
PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang berikut :
dan hantar untuk tindakan selanjutnya. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan. Permohonan yang berjaya akan dipaparkan di SENARAI AHLI selepas kelulusan Jawatanluasa Induk.
YURAN KEAHLIAN
Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :
BIL | JENIS KEAHLIAN | YURAN PENDAFTARAN (UNTUK KALI PERTAMA) | YURAN TAHUNAN |
1 | Ahli Gabungan | RM10 | RM200 |
2 | Ahli Individu | RM10 | RM10 |
3 | Ahli Bersekutu | RM10 | RM100 |
4 | Ahli Kehormat | Percuma | Percuma |
Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 1 tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM 100 (Ringgit Malaysia satu ratus sahaja). Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.
Untuk Sebarang Petanyaan Sila Hubungi :
En. Muntazar : 011-1128 5764
En. Farhan : 018-9574249
En. Johar : 016-640 8302
En. Nazmi : 018-2278104