Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Nottingham Semenyih akan menjayakan Karnival Bakat Sukan Para Siri 3/2024 seperti berikut:
Tarikh: 6 Nov 2024 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: Pusat Sukan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor
Sukan:
1. Para Olahraga 🏃♂️
2. Para Renang 🏊🏻♂️
3. Para Badminton 🏸
4. Para Ping Pong 🏓
5. Para Memanah 🏹
6. Para Powerlifting 🏋️
7. Boccia 🦽
8. Para Catur ♟️
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada bakat-bakat baharu yang berminat & ingin menguji kemampuan bagi sukan - sukan di atas, sila hubungi En. Ezanee (012-651 9584) untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.